bulan sebelas yang penuh harapan

November 2, 2010

aku dah sampai rumah setelah pening kepala dengan macam2.. terima kasih kepada housemates aku yang sentiasa bersama aku susah dan senang. aku tak sangka sudah masuk bulan sebelas. rasa macam baru semalam aku masuk semester ke 7 ni. kejap betul. mungkin kerana practicum aku.

boleh dikatakan sibuk juga jadi cikgu ni. aku pon tak pasti aku akan teruskan perjalanan aku untuk menjadi pendidik. separuh hati aku ni nak jadi cikgu tapi separuh lagi menjerit nak cuba benda baru. ape benda baru tu pun aku tak tahu. mungkin sesuatu yang akan mengubah hidup aku sepenuhnya. mungkin. siapa tahu kan?

sepanjang perjalanan dari selayang ke kuantan aku banyak mengelamun. tengok langit dan awan. bermacam bentuk aku dapat lihat. bentuk seorang lelaki tua kesedihan la.. bentuk kanak2 bermain la.. bunga.. kereta.. kuat juga imaginasi aku ni. macam budak2. teringat zaman kanak2 aku. :) teringat juga arwah ayahku. rindu sangat kepada arwah. apakah perasaan arwah jika dia masih hidup sekarang tengok anak2 dia dah besar panjang? hmmm...

tapi semua tu da lepas. yang pergi tetap pergi. aku yang hidup ni perlu la teruskan hidup dan cuba menjadi yang terbaik. :)


0 bunyi: