kasih

December 14, 2009


kasih..nur kasih? bukan sama sekali. sudah dua minggu aku berada di melaka menjadi runner VC cup dan hari ini majlis penutup dengan rasminya diadakan pada tengah hari tadi. pertama kali berjumpa vc secara langsung membuat aku agak gementar. yelah, bukan orang sebarangan dan barulah aku rasa kepenatan menjadi runner hari ini. menunggu orang penting seperti sedia maklum amatlah lama. sampai lenguh kakiku menunggu di depan lif untuk mengiringi vc dan datuk mizan bersama suzi. dikhabarkan vc kurang sihat hari ini namun beliau datang juga. terima kasih.

VC cup... macam2 yang berlaku dan banyak kerenah yang aku dapat lihat sepanjang aktiviti berlaku terutama sekali sewaktu pendaftaran. aku berasa agak pening dengan manusia yang bermacam2 ragam yang aku dapat lihat pada hari itu. gaya berpakaian apatah lagi. berwarna warni betul. tapi tidak mengapalah asalkan mereka masih berpakaian. kalau tidak, mahunya pengawal keselamatan uitm halau mereka. tapi ada juga yang datang seperti baru bangun tidur iaitu dengan memakai tshirt dan seluar pendek. siapa makhluk Allah itu aku pun tidak tahu.

aku ditugaskan menjaga level 7 dimana debat bahasa inggeris diadakan di situ. kali ini mereka debat seperti british parlimen dan itu adalah sesuatu yang baru bagi aku. boleh tahan juga mereka berdebat dan berbagai2 accent yang aku dengar. menarik. bilakah aku dapat bercakap sedemikian rupa? aku pun tidak tahu. mungkin nanti. siapa tahu?

kemudian, keputusan peperiksaan aku bagi semester 5 agak kurang memberangsangkan. jatuh dengan banyaknya dan aku tahu aku berhak dapat pointer sedemikian rupa kerana bersesuaian dengan attitude aku pada sem lepas. kerja di akhir waktu adalah rutin aku di sem lepas dan pembentangan pun aku lakukan secara main2. buat pertama kali aku tidak menangis kerana aku tahu aku tidak berusaha seperti yang sepatutnya. Allah itu adil. inilah dia.

dan.. beberapa hari yang lepas mak long aku telah kembali ke rahmatullah. al fatihah untuknya dan semoga rohnya diberkati Allah. tragedi? mungkin. tapi ini adalah lumrah alam. yang hidup pasti akan mati. tidak sempat aku berjumpa dengannya untuk kali yang terakhir. hikmah. dan ini mengingatkan aku kepada emakku. sangat rindu padanya.

aku akan pulang ke kuantan lusa mungkin. tiket belum dibeli lagi dan esok aku perlu mengemaskan kelas2 yang digunakan semasa vc cup diadakan. sekarang aku perlu mandi kerana siang tadi aku terkena hujan semasa pulang kerumah. aku tidak mahu demam dan aku harap aku akan enjoy saki baki cuti yang ada di rumah nanti bersama keluargaku. oh! hampir terlupa. cik chum iaitu ex housmate aku akan berkahwin 26hb ini. mungkin pergi jika tiada aral melintang. insya Allah.

**teringin menonton storm warriors!

1 bunyi:

Anonymous said...

rakan diriku menjadi hakim debat disana.