tangguh

October 9, 2009


Align Center

penjantan tangguh?? tidak. entri kali ni tiada kaitan dengan jantan2 durjana yang aku kenal. hebatkah mereka? soalan itu akan tergantung. (statement!!)

aku memang seorang yang suka menangguh dalam membuat kerja. tapi tetap siap walau apa pun. cuma lambat sedikit sahaja (ironi betul) huhu~ dan assignment yang aku perlu submit pada pukul 12 tengah malam telah disubmit pada pukul 11.59 dengan jayanya. bagus2.. sampai bila aku nak jadi macam ni? sampai jadi cikgu? bahaya tu. aku akan jadi seorang guru yang agak dahsyat nanti.

tiba2 aku teringat kata2 arwah ayah aku. arwah sangat suka memberi nasihat sampai aku tak boleh padamkan sedikit pun kata2 darinya.

"kerja menangguh tak tahan, kak long."

"ikut hati mati, ikut rasa binasa, ingat tu.."

betul. tepat dan sangat membuatkan aku berfikir kembali. sudah lama aku tidak memikirkan kata2 arwah. setelah banyak salah dan silap dan kejatuhan yang aku lalui, barulah aku sedar. bagaikan terjaga dari mimpi. kalaulah aku sedar dari mula. kalaulah aku lebih berhati2. kalaulah aku.. dan "KALAU" itu sangat tidak elok untuk dikaitkan dalam hidup. kurangkan. (reminder for myself) apa yang terjadi adalah qada' dan qadarNya. terima dan jadikan pengajaran. itulah yang aku cuba lakukan. ada hikmah di sebalik kejadian dan ujian. insya Allah. dengan petunjuknya, aku cuba untuk menjadi lebih baik.

1 bunyi:

13may said...

kak long,

di telan mati mak...di luah, mak tak mati..

ingat ni :D