kejadian

July 1, 2009

berbulan rupanya aku tidak post apa2 di sini. kemalasan untuk bercerita adalah salah satu faktornya dan masa itu telah berlalu dengan sungguh pantas. cuti semester kali ini sangat membahagiakan diriku yang hanya duduk di rumah dan cuba mendapatkan lesen kereta dan motor dan ia akan berakhir bermulanya petang esok. aku akan bergerak ke gombak dan bermalam di sana. hari sabtu pula aku akan ke ipoh untuk menghadiri kenduri kahwin sepupuku, kak hazirah. pada hari yang sama juga aku akan bertolak ke melaka. sedihnya. aku tidak mahu pulang ke melaka!! (sedih sangat)

tetapi yang menggembirakan aku ialah kebun keluargaku di jeram mempunyai hasil yang agak lumayan pada musim buah kali ini. diriku sudah tidak larat menghadap durian dan rambutan. banyak sangat dan alhamdulillah. syukur.

tak sabar rasanya mahu pulang ke kuantan pada jumaat minggu hadapan.

~ aku kandas moto tetapi lulus kereta. apakah hikmahnya? fikir.

5 bunyi:

paCat said...

takpayah bawak moto. bahye

Ayuni said...

ko kandas moto kt ner nad? titi ke? huhu.drive kete jela nad.bru vogue.lolXD!

Iris said...

pacat: tu r.. ade terpikir gak..

ayuni: aku gelabah sangat time tu.. titi 5 saat jek.. time kelayakan bole lak 9 saat.. aku bwk kete jek la pasni.. hehe~

kif_0206 said...

lesen moto ke?da lima taun xamik..rindu..hehe

Iris said...

huhu~
amek la saje2 kalo rindu..